>

→→ Search This Blog ←←

Tuesday, November 11, 2014

Twity Dalam Memori :(

Twity pergi selama-lamanya ..
Semoga gambar ni terus menjadi kenangan abadi :(

BestFren Twity

Tiwty memang tk suka bergambar :(

Twityyyyyy

Bahagianya Kalau Dia masih hidup

Sayang Twity :'(


Sayu, ibu sanggup korbankan nyawa demi anak

MAYAT Dayang diselimut menggunakan kain batik sementara menunggu ketibaan ambulans untuk dihantar ke hospital.

Kuala Terengganu: Demi kasih sayang ibu, seorang wanita sanggup mengorbankan nyawanya dengan menolak anak lelakinya ke tepi jalan dan membiarkan dirinya dirempuh sebuah motosikal di Jalan Pasir Panjang di sini, pagi ini.

Dalam tragedi menyayat hati itu, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang Muhammad Izzudin Najmi Ibrahim, 12, yang bangkit dari jatuh hanya mampu melihat jasad ibunya Dayang Che Abdul Kadir, 54, terbaring kaku di atas jalan tar.

Ketika kejadian kira-kira 7.15 pagi itu, mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Panjang sedang melintas jalan untuk menghantar Muhammad Izzudin ke SK Pasir Panjang selepas singgah minum di sebuah warung berhampiran.

Bagaimanapun, ketika melintas jalan tiba-tiba mangsa melihat sebuah motosikal ditunggang laju ke arah mereka.
MUHAMMAD Izzudin cedera di tangan akibat ditolak ibu.

PELAJAR tingkatan empat yang merempuh Dayang turut cedera ringan.
Difahamkan, mangsa yang menyedari kedatangan motosikal itu menolak anaknya ke bahu jalan sebelum dirinya sendiri dirempuh.

Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak di atas jalan dan dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian sementara penunggang motosikal, seorang pelajar tingkatan empat hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan kemalangan itu.

Menurut beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan.-Harian Metro

Monday, November 10, 2014

Twity pergi selamanya

Kekecewaan disaluti kesedihan m'genangkan nasib seekor kucing comel sangat sangat bernama twity. .

Sedikit mengenai twity
────────────────────────────
♥ Nama = Twity
♥ Tarikh Adopt = 31/08/2004
♥ Usia masa Adopt = 8 tahun
♥ Jantina = Betina (tapi telah dikasi)
♥ Jenis = Parsian
────────────────────────────
tahun 2008 = (saya tahun 5)
Saya ingat masa ambil dia. Dia bersama lagi 2 ekor . Iaitu jimmy dan betty. .
Tapi kedua dua dah tkda , mean twity paling last yg pergi . . Twity seekor kucing yang teramat manja . . Sy sayang dia :'( , dia la kucing paling saya sayang . .

Hari ini , saat ini . Tempoh ini. . Twity dh xde. . Twity dh pergi selamanya. . Tadi tengahri saya hantar dia ke vet . . Vet tekejut. . doktor marah sy . .

Dktor ckp kucing awk ni kena langgar ! , yaAllah. Tekejutnye aku . Tuhan sahaja yang tahu . Tuhan sahaja yang mengerti . Aku langsung xtahu. . Seingat. .

Pada 1/11/2014 mama ada call , twity balik berdarah. . Yerla masa itu ada KL.  balik KL terus tinggal kan dia kat rumah mama. X bawak balik . Hmmm. Aku seksa dia ke ? persoalan itu bermain di fikiran skrg. . Adakah aku seksa dia. . ? Yarabbi . Xtahu smpai parah mcm ni. Doktor cakap lagi . . Paru paru dia dh pecah. .
Kuatnya kamu twity. . Kuatnya kamu. . 10 Hari kamu bertahan kan sayang . . Maafkan ibuu twity. . Maafkan ibuu. . :'( . .

tkpela. . Kehidupan twity semua dlm hati. . Dh takde. . Tutup buku dh . . Hmm. . Selamat berehat twity . . Syang awk . . Goodbye sayang