>

→→ Search This Blog ←←

Saturday, October 04, 2014

9 Jenis Makanan Tidak Boleh Di Ambil Sebelum Tidur

9 Jenis Makanan Tidak Boleh Di Ambil Sebelum Tidur
=============================================

Lazimnya kebiasaan kita mudah mengambil minuman atau makanan ringan sebelum tidur. Namun tanpa kita sedar, keadaan ini sebenarnya memberikan kesan yang buruk ke atas tubuh badan. Berikut adalah senarai makanan yang seharusnya anda elakkan dari mengambil sebelum tidur:

--------(Kopi)
Kandungan kafein dalam kopi bukan hanya menyukarkan anda tidur tetapi juga kopi bersifat diuretic (selalu membuang air kecil). Apabila anda terjaga, secara automatic akan timbul keinginan untuk mengunyah. Kesannya, anda akan mengunyah makanan yang tidak sihat seperti kentang, biskut atau junk food.

--------(Coklat)

Walaupun coklat berfungsi untuk memberi rasa tenang tetapi coklat bukanlah makanan terbaik sebelum tidur. Kandungan gula akan cepat naik dan gula darah turun sehingga menimbulkan rasa lapar.

--------(Keju)
Elakkan mengambil keju sebelum tidur kerana keju memberikan gangguan terhadap perut. Selain itu, keju juga adalah makanan yang tinggi lemak, kalori dan boleh membuatkan badan anda semakin berisi.

--------(Makanan Pedas)
Pengambilan cili padi atau makanan pedas sebelum tidur mungkin boleh menyebabkan heartburn. Keadaan ini bukan membantu anda tidur lena sebaliknya membuatkan anda sukar tidur malam. Dalam tempoh ini, anda boleh menghabiskan masa dengan mencuci kenderaan, bersenam atau membersihkan bilik tidur.

--------(Kek, Aiskrim , Biskut)
Elakkan mengambil makanan ini kerana ini menyebabkan gula darah meningkat dan menambah tenaga. Carilah alternatif lain dengan mengambil buah-buahan segar.

--------(Burger)
Makanan ini akan menambahkan kalori dan lemak terutamanya di bahagian perut. Elakkan daripada mengambil makanan berlemak supaya tidur anda lebih lena dan segar apabila bangun pada waktu pagi.

--------(Biji-Bijian)
Meskipun kategori makanan ini mengandungi protein dan serat tetapi biji-bijian seperti kacang merah, kacang panjang atau kacang buncis tidak harus diambil sebelum tidur. Makanan ini boleh membuatkan perut anda tidak selesa sepanjang malam. Sebaliknya, ambillah makanan ini pada waktu tengahari atau petang.

--------(Soda)
Jangan terlalu banyak meminumnya terutama sebelum tidur. Pengambilan soda dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti diabetes dan jantung.

--------(Kentang Goreng)
Ini adalah makanan paling buruk diambil sebelum tidur. Minyak dan lemaknya akan berkumpul di perut. Jika dibiarkan berterusan, kentang goreng akan meningkatkan kolestrol dan kegemukan. Gantikan dengan mengambil kacang badam atau biskut rendah garam.

So, pada wanita-wanita diluar sana yang pentingkan penampilan dan kesihatan tubuh badan sila ambil perhatian ye. Berat badan kita ni mudah je naik tapi nak turun, alahai..betapa susahnya..jadi sebelum makan tu beringat-ingat la ye..

NotaCantik : Syuhada Baharuddin

Takziah - Bonda DS Hishamuddin Hussien meninggal dunia

 

Takziah - Bonda DS Hishamuddin Hussien meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Tun Suhailah Mohammad Noah, balu kepada Perdana Menteri Mala
ysia Ketiga, Tun Hussein Onn, meninggal dunia tengah malam tadi.

Suhailah, ibu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, kira-kira jam 12.30 tengah malam, kerana sakit tua pada usia 82 tahun.

Jenazah dibawa ke kediaman Allahyarham di No 19 Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku di sini, jam 1.40 pagi tadi dengan van jenazah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Allahyarham adalah kakak kepada Tun Rahah, iaitu ibu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bapa Allahyarham, Tan Sri Mohammad Noah Omar adalah bekas Speaker Dewan Rakyat.

Wednesday, September 24, 2014

“Sahaja aku bersolat sunat Dhuha, 2 rakaat kerana Allah Ta’ala”

Solat Sunat Dhuha
==============

Waktu dhuha merupakan waktu di antara ketika matahari naik sehingga matahari mulai condong. Di Malaysia, waktu dhuha bermula pada lebih kurang jam 8.30 pagi. Waktu sebelum itu ialah waktu syuruk.

Solat dhuha dilakukan pada waktu dhuha, dan hukumnya adalah sunat mu’akaddah, bermaksud sunat yang dituntut. Justeru itu, solat dhuha sangat dituntut untuk diamalkan setiap hari.

Solat dhuha paling minima dilakukan 2 rakaat, namun ada hadis yang menyebut solat ini boleh dilakukan sebanyak 4, 6 atau 8 rakaat.


Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ
Maksudnya: Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.


Besarnya ganjaran bersolat dhuha
---------------------------------------
1. Solat Dhuha adalah sedekah

Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda, maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

2. Allah mengurniakan rezeki yang cukup setiap hari

Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman, maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

3. Pahala seperti mengerjakan haji dan umrah

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.
4. Solat dhuha adalah solat orang-orang yang bertaubat

Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda, maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.
Jom Dengar Doa Dhuha : YouTube : Doa Dhuha