>

→→ Search This Blog ←←

Tuesday, August 21, 2012

Sungguh best sekali dengan ( KADS1M )

.....


 PENGENALAN KADS1M


Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.

Diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

Bagus nya Kad ini... boleh gunaaa untuk beliii banyakk bendaa taww
cam ::: >>

Buku dan Alat Tulis

Kelengkapan Sukan/Peralatan dan pakaian

Klinik kesihatan/ Optometri / Cermin mata

Makanan dan Minuman

Penginapan

Salun/Produk kecantikan

Produk IT

Lain-Lain

SOALAN LAZIM

1. Apakah tujuan KADS1M diwujudkan?
• KADS1M diwujudkan bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
• Inisiatif ini dilaksanakan bertitik tolak daripada cadangan yang telah dibentangkan oleh siswa dalam mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada 21 November 2011 yang lalu.
• Melalui KADS1M, para pelajar akan mendapat diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.
2. Siapakah yang layak mendapat KADS1M?
• Semua pelajar IPT awam dan swasta yang mengikuti pengajian jangka panjang peringkat sijil, diploma atau ijazah ke atas yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas layak mendapat KADS1M.
• Terpakai bagi pelajar-pelajar IPT yang diiktiraf oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian / Agensi lain yang berkaitan. 
Contoh:
• KPDNKK - Maktab Koperasi Malaysia (MKM)
• KPT - Universiti Malaya (UM), Politeknik
• KSM - Institut Latihan Perindustrian (ILP)
• KKLW - Kolej Poly Tech MARA (KPTM)
• KPM - Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

3. Bagaimanakah pelajar boleh mendapatkan KADS1M dan berapakah bayaran yang dikenakan?
• Pelajar tidak perlu membuat permohonan. KADS1M akan disalurkan secara automatik kepada pelajar melalui pihak pentadbiran IPT masing-masing.
• Kementerian / Agensi / IPT berkaitan perlu mengemukakan maklumat pelajar yang lengkap kepada Bank Rakyat bagi membolehkan pelajar mendapat KADS1M. (Nama, No. KP, No. Matrik, Jantina, Nama IPT, Peringkat Pengajian, Tempoh Pengajian, Tahun Pengajian Semasa, Tahun Tamat Pengajian, Alamat Rumah, Emel dan No. Telefon Bimbit).
• KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar IPT warganegara Malaysia. Caj RM2.00 akan dikenakan bagi setiap kad yang hilang / gantian.

4. Bagaimanakah pelajar boleh menggunakan KADS1M?
• KADS1M merupakan flash card dan bukan kad yang menawarkan mata ganjaran. Pelajar hanya perlu menunjukkan KADS1M dan kad pelajar / kad pengenalan bagi mendapat diskaun di premis-premis perniagaan yang mengambil bahagian.
• Tempoh sah (validity) KADS1M ialah semasa tempoh pengajian pelajar sahaja.
5. Apakah syarikat yang menawarkan diskaun, berapakah kadar diskaun dan syarat-syarat yang dikenakan?
• Maklumat lengkap berkaitan syarikat, kadar diskaun dan syarat diskaun boleh disemak di www.1pengguna.com/kads1m
6. Apakah faedah yang diperolehi oleh syarikat yang menyertai KADS1M dan bagaimanakah syarikat lain yang berminat boleh menyertai KADS1M?
• Kerajaan tidak menanggung sebarang perbelanjaan berkaitan penyertaan syarikat dalam inisiatif KADS1M
• Penyertaan syarikat adalah di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat / Corporate Social Responsibility (CSR) syarikat masing-masing.
• Syarikat yang menyertai KADS1M akan dilibatkan dalam program / acara promosi bersesuaian yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KDPNKK) dan Bank Rakyat berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak.
• Syarikat yang berminat untuk menyertai KADS1M perlu melengkapkan borang permohonan dan mengembalikannya kepada sekretariat KADS1M bagi tindakan selanjutnya

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada sekretariat KADS1M:

Bahagian Gerakan Kepenggunaan,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi & Kepenggunaan
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
62623 Putrajaya, Malaysia

Tel : +603-8882 5972 / 5889 / 6181
Faks : +603-8882 5983
Emel : kads1m@kpdnkk.gov.my



0 idea/komen ::